Piala Thomas, Uber 2020: Giliran Thailand tarik diri

No Image Caption
A
A
A

THAILAND merupakan negara terbaru selepas Taiwan dan Australia menarik diri daripada pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber 2020 di Aarhus, Denmark dari 3 hingga 11 Oktober ini.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF), dalam kenyataan hari ini berkata, masalah pandemik Covid-19 dan kecederaan dalam kalangan pemain utama menjadi punca negara itu mengambil keputusan tersebut.

“Pasukan pengganti belum diumumkan lagi,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, BWF menegaskan bahawa kesihatan dan keselamatan semua pemain dan pegawai yang mengambil bahagian pada kejohanan itu menjadi keutamaan mereka.

Pada saingan Piala Thomas 2020, Thailand disenaraikan dalam Kumpulan D bersama Jepun, Korea Selatan dan Kanada manakala Piala Uber pula, Thailand disenaraikan dalam Kumpulan C bersama Denmark, Scotland dan Kanada.- Bernama

Artikel Berkaitan: