Jari kanak-kanak tersepit

Anggota bomba berjaya mengeluarkan jari kanak-kanak terbabit
Anggota bomba berjaya mengeluarkan jari kanak-kanak terbabit
A
A
A

BERA - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun menahan kesakitan selepas jari kelingkingnya tangan kirinya tersangkut pada lubang kerusi sebelum menerima bantuan anggota bomba.

Ketika kejadian semalam, ibu mangsa membawa kanak-kanak perempuan itu ke Klinik Kemayan yang kemudiannya menghubungi anggota bomba untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang, Muhammad Redzuan Rahimpudin berkata, bomba menerima panggilan pada pukul 3.10 petang tiba di klinik berkenaan pada pukul 3.34 petan.

"Dua pegawai bersama tiga anggota bergegas ke lokasi dan mengambil masa kira-kira 11 minit bagi mengeluarkan jari kanak-kanak terbabit menggunakan pemotong khas.

"Jari kelingking kanak-kanak itu hanya melecet sedikit dan tidak mengalami kecederaan lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya,operasi berakhir pada pukul 3.49 petang.

Artikel Berkaitan: