Anthony Loke tidak hadir program di Sarawak, status letak jawatan jadi tanda tanya

Iklan
Anthony Loke

KOTA SAMARAHAN - Status peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan masih menjadi tanda tanya selepas beliau tidak menghadiri satu program kementerian di Kota Samarahan, Sarawak pada Sabtu.

Ketidakhadiran Setiausaha Agung DAP itu menyebabkan media yang hadir ke lokasi berkenaan tidak berpeluang mendapatkan pengesahan lanjut berhubung status peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan.

Iklan
Iklan

Perkembangan terbaharu itu susulan kenyataan Istana Negara pada Sabtu yang menegaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan.

Istana Negara turut menegaskan semua syarat yang ditetapkan dalam titah pengampunan berkenaan telah dipenuhi, manakala sebarang usaha untuk mempertikaikan keputusan itu boleh dianggap sebagai ingkar terhadap titah Seri Paduka Baginda.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Keluarga tidak dimaklumkan’- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta Najib

Denda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamah

Iklan

Najib sudah bayar RM50 juta - Peguam

Dana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib

[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah Najib

Dua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman Najib

Kronologi keputusan tahanan rumah Najib

Anwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromi

AGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah Najib

Isu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihat

Tangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf Wajdi

Pada Jumaat Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat serta kesan Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi selepas pembayaran denda RM50 juta diselesaikan.

Sementara itu, Loke pada Jumaat menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja Najib tiba di kediamannya untuk menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah.

Beliau sebelum ini memaklumkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 September lalu, susulan pendirian DAP berhubung isu pengampunan bersyarat Najib. - Awani