Najib perlu segera dipindahkan ke kediaman di Langgak Duta - Peguam

Iklan
Kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta. Foto Bernama --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa mesti memindahkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan segera ke kediamannya di Jalan Langgak Duta bagi menjalani tahanan di rumah, sebagaimana yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Peguam yang mewakili bekas Perdana Menteri itu, Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata, perintah pengampunan berkenaan merupakan titah Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Istana Negara juga telah menjelaskan bahawa perintah berkenaan adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan.

"Seri Paduka Baginda kini telah menjelaskan melalui Istana Negara bahawa perintah itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, tidak terkait dengan mana-mana kes lain, dan semua syaratnya telah dipenuhi.

Iklan

"Oleh itu, tiada sebarang asas bagi pihak berkuasa berkenaan untuk terus menahan Datuk Seri Najib di Kajang walau sesaat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Keluarga tidak dimaklumkan’- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta Najib

Denda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamah

Najib sudah bayar RM50 juta - Peguam

Dana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib

[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah Najib

Dua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman Najib

Kronologi keputusan tahanan rumah Najib

Anwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromi

AGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah Najib

Isu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihat

Tangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf Wajdi

Seri Paduka Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.

AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.

Dalam pada itu Sultan Ibrahim bertitah, perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau.

Titah baginda, tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.

Baginda bertitah, keputusan membenarkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta, dibuat selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya meneliti petisyen beliau pada 18 September 2026.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pihak berkuasa perlu melaksanakan pemindahan Najib ke kediamannya di Jalan Langgak Duta bagi membolehkan bekas Presiden UMNO itu menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah seperti yang dititahkan.

Dalam kenyataan sama, pihaknya turut menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda atas penjelasan berhubung perintah pengampunan berkenaan.

"Daulat Tuanku," katanya.