SHAH ALAM – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razlan Rafii membidas penangguhan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Razlan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook mendakwa tindakan berkenaan hanyalah satu muslihat.
"Muslihat demi muslihat yang digunakan untuk mencari penderhakaan.
"Inilah negara koboi," tulisnya pada Jumaat.
Menerusi hantaran sama, beliau turut berkongsi kenyataan media Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) berhubung pengumuman pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.
Menurut kenyataan itu, ketetapan pengampunan berkenaan dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.
Dalam masa sama, Razlan turut mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang didakwanya gagal memahami kenyataan rasmi berhubung pengampunan Najib.
"Di mana yang susah hendak difahami dengan kenyataan ini?" katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Keluarga tidak dimaklumkan’- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta Najib
Denda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamah
Najib sudah bayar RM50 juta - Peguam
Dana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib
[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah Najib
Dua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman Najib
Kronologi keputusan tahanan rumah Najib
Anwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromi