PRN Melaka: Tiada kerjasama rasmi PH-Bersatu - Muhyiddin

Iklan
Muhyiddin Yassin

MELAKA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada ahlinya untuk mengundi calon parti lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka walaupun terbuka menerima sokongan daripada Pakatan Harapan (PH).

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya mengalu-alukan sokongan mana-mana pihak yang bersedia membantu calon Bersatu memenangi kerusi yang ditandingi.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, tiada arahan khusus dikeluarkan namun percaya ahli parti memahami tindakan yang perlu dilakukan berdasarkan kawasan yang ditandingi Bersatu.

"Kita tidak tanding semua kawasan, jadi tidak boleh keluarkan satu arahan yang nanti orang kata masuk kawasan yang tiada kena-mengena," katanya ditanya mengenai kesediaan PH membantu calon Bersatu pada PRN Melaka.

Iklan

Beliau berkata demikian ditemui pada kempen calon Bersatu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada di sini pasa Jumaat.

Mengulas status kerjasama antara Bersatu dan PH, Muhyiddin berkata, setakat ini tiada sebarang kerjasama rasmi dimeterai antara kedua-dua parti.

Iklan

Katanya, perbincangan di peringkat awal pernah diadakan bagi mengelakkan pertembungan calon atau mewujudkan persefahaman dalam menghadapi PRN berkenaan.

"Rasminya tidak ada. Walaupun ada perbincangan-perbincangan peringkat awal, itu biasalah untuk mengelakkan pertindihan atau mewujudkan persefahaman.

"Namun, saya tidak pernah terlibat dalam rundingan-rundingan ini. Di peringkat saya, tidak ada," katanya.

Ditanya sama ada beliau terbuka menerima kerjasama PH, Muhyiddin berkata, pihaknya tidak akan menolak sokongan daripada mana-mana pihak.

Bersatu meletakkan lapan calon bersaing pada PRN Melaka antaranya ialah Datuk Norhizam Hassan Baktee di DUN Pengkalan Batu, Datin Seri Dr Asmah Samat (Pantai Kundor) dan Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (Klebang).

Turut bertanding ialah Nazri Ramli (Lendu), Mohd Zamri Abu Bakar (Gadek), Mejar (B) Abdullah Mahadi (Sungai Udang), Mohd Hamnaim Mohamad (Ayer Keroh) dan Muhammad Rabaie Ab Hamid (Bemban).