Inkues Zara Qairina: Saksi nampak hubungan Zara dan ibunya baik

Iklan
Pasukan peguam ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada Rabu.

KOTA KINABALU - Saksi ke-34 inkues Zara Qairina Mahathir mendakwa hubungan dua beranak itu dalam keadaan baik semasa dia bermalam di rumah pelajar Tingkatan Satu itu di Sipitang.

Peguam Shahlan Jufri berkata, saksi yang juga kanak-kanak ke-25 memberitahu perkara itu dalam keterangannya bahawa dia pernah mengikut Zara Qairina pulang ke rumahnya pada hujung minggu.

Iklan
Iklan

"Saksi berkata, semasa dia di rumah Zara, dia nampak hubungan Zara dan ibunya adalah baik. Saksi mengesahkan ibu Zara pernah mencuci dan mengosok pakaiannya serta mengucapkan terima kasih kepada ibu Zara.

"Sebelum pulang ke asrama, saksi berkata, ibu Zara ada memberinya wang dan makanan," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada Rabu.

Iklan

Shahlan berkata, seingat saksi pada 15 Julai lalu di sekolah terdapat insiden di mana satu pemeriksaan mengejut dilakukan berkenaan kehilangan wangnya sebanyak RM21.

"Saksi melaporkan kehilangan wang tersebut kepada seorang guru yang membenarkan sesi 'spot check' dilakukan. Guru menyuruh seorang pelajar junior yang rapat dengan Zara buat spot check. Selepas spot check, tidak ada duit saksi yang dijumpai dengan Zara.

Iklan

"Namun saksi berkata, dia mengesyaki Zara mengambil duitnya dan ada bertanya Zara sama ada jumpa duit tersebut atau tidak. Zara berkata 'nda nampak ba duit tu'.

"Pada 15 Julai 2025 apabila saksi tiba di dorm, satu spot check telah dijalankan ke atas loker dan beg Zara. Saksi mengatakan dompet Zara telah diperiksa dan duit telah dijumpai. Saksi telah mengatakan bahawa dia mengambil duit dari dompet Zara kerana duit tersebut adalah duitnya.

"Saksi mendakwa kononnya duit itu ada tandaan dakwat hitam tetapi jika dilihat pada saksi sebelum ini mengatakan bukan tandaan dakwat tetapi lipatan. Cuma saksi ini mengatakan dia ambil sebab tandaan dakwat tapi saksi-saksi sebelum ini berkata, wang itu ada tandaan lipatan kononnya mengesahkan itu wang miliknya," katanya sambil memaklumkan prosiding bersambung pada Khamis.

Shahlan bersama rakan sepasukannya, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James mewakili ibu Zara Qairina iaitu Noraidah Lamat.

Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli