KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Sesi pemeriksaan terhadap sebahagian daripada 37 eksibit yang dikemukakan dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir akan dijalankan selepas pembukaan rasmi eksibit oleh saksi, iaitu seorang ahli kimia di Mahkamah Koroner di sini pada Selasa.
Peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh berkata, saksi yang memberi keterangan merupakan pakar DNA dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang forensik dan pernah menjalankan analisis terhadap kes-kes berprofil tinggi seperti tragedi MH17.
Katanya, saksi telah menjalankan analisis forensik terhadap 37 barang kes yang diterima daripada pihak polis antara 11 hingga 20 Ogos lalu bagi tujuan mengenal pasti profil DNA berkaitan Zara Qairina serta mana-mana individu lain.
“Dengan pembukaan rasmi 37 eksibit hari ini oleh saksi pakar DNA, kami kini dibenarkan untuk memulakan pemeriksaan terhadap baki dokumen yang telah dibuka.
“Kami telah memohon kepada Mahkamah Koroner dan pegawai pengendali untuk menyemak semula beberapa item bagi tujuan analisis lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini pada Selasa.
Tambah Mohd Syarulnizam, pemeriksaan dokumen forensik selanjutnya akan dijalankan ke atas beberapa bahan dokumen yang mengandungi tulisan.
"Pihak kami telah memohon kepada pihak Mahkamah dan Pegawai Pengendali untuk kebenaran memeriksa sejumlah 11 items (WK2, WK4, WK5, WK6, WK9, WK10, WK11, WK12, WK13, WK14 dan WK15) untuk menjalankan pemeriksaan secara forensik bahan-bahan dokumen tersebut pada pada 10 hingga 17 Oktober ini," jelasnya.
Sebelum itu, Mohd Syahrulnizam berkata, dalam keterangan saksi mengatakan bahawa bahan-bahan eksibit yang pernah ditender di mahkamah tersebut untuk pemeriksaan tulisan (Y2 hingga Y15) tidak ada diberikan kepadanya untuk pemeriksaan DNA.
"Hanya Eksibit Y1 dan Y8 yang ada diberikan kepada beliau untuk pemeriksaan DNA," ujarnya.
Katanya lagi, saksi memberitahu bahawa hasil analisis menunjukkan profil DNA Zara Qairina padan sepenuhnya dengan spesimen biologi utama seperti tisu, tulang dan kesan darah.
"Tiada DNA asing atau DNA lelaki signifikan dikesan pada mana-mana spesimen biologi termasuk swab, kuku, pakaian dalam dan spesimen tubuh.
"Beberapa barangan seperti buku, beg dan selimut menunjukkan profil DNA campuran (mixed profile) yang tidak konklusif dan boleh berpunca daripada kesan sentuhan biasa atau perkongsian ruang di asrama.
"Dalam barang kes Y8 (bahan dengan kesan darah), analisis menunjukkan tiga profil DNA satu utama dan dua minor, menandakan kemungkinan lebih daripada satu individu. Saksi menjelaskan bahawa permintaan analisis hanya untuk menentukan pemilik darah, bukan untuk mengenal pasti penyumbang," jelasnya.
Beliau bersama rakan sepasukannya, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James mewakili ibu Zara Qairina iaitu Noraidah Lamat dan hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli