KOTA KINABALU - Saksi ke-16 yang juga merupakan saksi kanak-kanak kelapan memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir pernah bertanyakan kepadanya sama ada dia akan berasa sedih sekiranya pelajar Tingkatan Satu itu terjun dari tingkat tiga.
Peguam Datuk Ram Singh berkata, saksi tersebut memberi keterangannya dengan tenang dan konsisten dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan pada Isnin.
"Saksi tahu apa yang berlaku dan dia berada di dalam 'dorm' ketika itu.
"Malah dalam kenyataan saksi itu sendiri, Zara pernah berkata kepadanya iaitu 'bagaimana kalau saya terjun dari tingkat tiga, kau sedihkah'.
"Perkara ini berlaku sekitar April tahun ini. Saksi kemudian menjawab, 'kenapa kamu cakap begitu? Itu tidak bagus'.
"Selepas itu, Zara diam sahaja," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.
Ditanya pemberita mengenai keterangan lain daripada saksi sama, beliau berkata, saksi ada memaklumkan pelbagai perkara termasuk kejadian yang menimpa Zara Qairina.
"Banyak... mengenai kejadian, mengenai Zara dipanggil, kemudian selepas balik dari tempat senior, dia kembali ke dorm berjalan kaki sambil menangis lalu tidur di atas karpet.
"Itu memang tabiatnya, tidak mahu tidur atas tilam tetapi lebih suka tidur di atas karpet.
"Mungkin kerana dia tidak suka menggunakan cadar atau malas mahu menyimpannya," katanya.
Ram berkata, saksi berkenaan belum selesai memberi keterangannya dan prosiding akan bersambung pada tarikh seterusnya.
"Peguam bagi pihak Zara masih ada soalan tambahan, jadi prosiding dihentikan sekitar jam 4.30 petang.
"Pada 7 Oktober depan, prosiding akan bersambung dengan keterangan ahli kimia dan media boleh hadir pada hari itu. Selepas itu akan diteruskan dengan sesi berikutnya," katanya.
Sebelum itu, rakan sepasukannya Joan Goh memaklumkan saksi ke-15 yang juga kanak-kanak ketujuh dalam keterangannya berkata, dia mengenali Zara Qairina tetapi tidak rapat kerana tidak berada dalam kelas yang sama.
"Saksi memberitahu bahawa Zara seorang yang ceria. Saksi tidak tahu sama ada Zara pernah kena buli, dera atau dipukul semasa berada di sekolah ataupun asrama.
"Saksi mengatakan bahawa pada 15 Julai lalu, kira-kira jam 10.20 malam, Zara datang ke bilik dan minta izin masuk.
"Saksi nampak seorang pelajar senior bercakap dengan Zara dan dengar sedikit-sedikit.
"Kemudian saksi lihat empat orang senior masuk ke dalam bilik. Saksi lihat seorang pelajar senior marah Zara sambil menjerit kuat dan seorang lagi hanya menegur Zara sahaja. Saksi juga mendengar perkataan 'sial'," katanya.
Beliau berkata, saksi memberitahu semasa Zara pergi ke bilik tersebut, rakan bilik Zara telah memeriksa loker almari Zara dan terjumpa bendera milik pelajar senior.
"Sebab itu pelajar senior marah malam itu.
"Saksi juga mengatakan dia tidak pernah nampak Zara diganggu oleh mana-mana pelajar.
"Saksi tidak tahu sekiranya Zara pernah melakukan perbuatan yang melanggar peraturan asrama," katanya.
Ram dan Joan merupakan peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berkaitan kes Zara Qairina dan sebagai pihak yang berkepentingan dalam inkues tersebut.
Allahyarhamah Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli