KOTA KINABALU - Hakim Mahkamah Koroner Amir Shah Amir Hassan mengekalkan arahan untuk pengamal media untuk tidak membuat liputan saksi melibatkan kanak-kanak dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
Keputusan itu diambil selepas mendengar hujahan pihak-pihak berkepentingan dalam inkues yang diadakan pada Mahkamah Koroner di sini, pada Khamis.
Peguam Shahlan Jufri yang mewakili Noraidah Lamat memaklumkan bahawa Hakim Koroner membangkitkan isu mengenai media yang membuat liputan kes berkenaan.
"Pegawai pengendali mendapat arahan daripada ibu pejabat bahawa media tidak dibenarkan untuk berada di dalam inkues.
"Ada sebab-sebab tertentu dan 'point-point' yang diambil kira oleh Hakim Koroner.
"Pendirian kami ialah bersetuju sekiranya media dibenarkan berada di dalam dan juga kami senada dengan peguam yang mewakili tertuduh kanak-kanak yang pertama, mereka pun bersetuju.
"Peguam mewakili bapa Zara tidak bersetuju dan kami semua berhujah dengan baik dan akhir sekali Hakim Koroner memutuskan disebabkan oleh isu saksi kanak-kanak yang perlu dijaga, memutuskan agar mengekalkan status quo bahawa pasukan media tidak boleh berada di dalam prosiding inkues," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Kota Kinabalu di sini.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan pasukan peguam daripada pihak-pihak berkepentingan boleh menyalurkan maklumat mengenai keterangan saksi melibatkan kanak-kanak sepanjang inkues tersebut.
"Segala info mengenai prosising boleh diperoleh daripada peguam-peguam yang berada dalam prosiding ini," jelasnya yang turut bersama pasukan peguam lain termasuk Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi dan Farrah Nasser.
Sementara itu, dalam prosiding yang memasuki hari ke-14 telah selesai mendengar keterangan daripada saksi kanak-kanak ketiga melibatkan pelajar di sebuah sekolah di Papar.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli