'Saya panggil nama Zara, pegang pipi tapi tiada respons' - Pengawal keselamatan

Iklan
Lokasi kejadian di bangunan asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha. Foto Bernama

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Pengawal keselamatan yang bertugas pada malam insiden membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa beliau cuba menyedarkan remaja itu dengan memanggil nama sambil memegang pipinya, namun mangsa tidak memberi sebarang respons.

Linah Mansoding @ Jaliha, 65, yang menceritakan keadaan pelajar Tingkatan Satu itu ketika kejadian berkata, mangsa menarik dan menghembus nafas dengan kuat seolah-olah sedang"berdengkur”.

Iklan
Iklan

Ibu kepada empat anak itu berkata demikian ketika menjawab soalan peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri, pada hari ketujuh prosiding inkues berhubung kematian remaja berkenaan.

Shahlan: Apabila puan panggil Zara, adakah dia memberi sebarang respons?

Iklan

"Dia macam tidur berdengkur.. dia dalam keadaan terlentang, kasihan dia,” cerita Linah dengan nada sedih di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Linah turut memberitahu bahawa mangsa yang dijumpai dalam keadaan terlentang di longkang tidak memakai kasut atau tudung.

Iklan

Saksi keenam itu berkata, pelajar berkenaan kemudiannya dialihkan dari lokasi kejadian ke bahagian hadapan asrama, iaitu di hadapan rumah warden, sementara menunggu ketibaan ambulans.

"Ketua Warden Asrama, Azhari Abd Sagap bersama tiga pelajar senior mengalihkan Zara Qairina.

"Saya masih berada di situ, dan beberapa guru wanita juga ada bersama. Kami menunggu hampir sejam kerana ambulans lambat sampai," katanya.

Linah berkata, ketika Zara Qairina dialihkan ke dalam ambulans, terdapat banyak titisan darah keluar dari kaki kiri mangsa selain tulang kakinya yang terkeluar.

Prosiding bersambung semula.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. - Bernama 

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli