'Maaf kami tidak dapat dedah' - Peguam ibu Zara Qairina

Iklan
Hamid ditemui di perkarangan Mahkamah Kota Kinabalu, selepas hadir dalam prosiding berkenaan, pagi tadi. - Foto Awani

KOTA KINABALU -"Tunggu penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC), kerana kami tidak boleh langgar perintah mahkamah."

Itu reaksi daripada peguam keluarga pelajar Tingkatan Satu yang meninggal dunia, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail berhubung perkembangan terkini prosiding pertuduhan lima pelajar di Mahkamah Kanak-Kanak, Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, selain daripada arahan itu, pihaknya tidak dapat memberikan sebarang komen atau pun maklumat berhubung status prosiding berjalan kerana ianya termaktub dengan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

Sehubungan itu jelasnya lagi, perkembangan kes tersebut bakal dijawab oleh kenyataan AGC sahaja dan tidak dapat diulas lebih lanjut oleh pihaknya.

Iklan

"Hari ini ada prosiding di mahkamah kanak-kanak, kami tidak boleh bercakap pasal prosiding kerana gag order (perintah larangan) jadi kami mohon maaf, kalau perkara lain kami boleh jawab, tapi perkara ini kami kena gag order kerana wujudnya Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

"Jadi tindakan selanjutnya adalah inkues, kami telah failkan permohonan untuk menjadi interest party," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Kota Kinabalu, selepas hadir dalam prosiding berkenaan, pagi tadi.

Terdahulu, pada pagi tadi, berlangsungnya pertuduhan lima pelajar perempuan di Mahkamah Kanak-Kanak berhubung kes Allahyarhamah Zara.

Semalam, AGC dalam satu kenyataan media memaklumkan dakwaan terhadap lima remaja bawah umur itu dibuat mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan kerana pertuduhan itu merujuk kepada perbuatan buli sahaja dan tidak mempunyai kaitan dengan kematian Allahyarhamah Zara.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah itu pada pagi 16 Julai. - Awani

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli