Lima remaja terbabit kes buli Zara Qairina tetap akan didakwa bawah Seksyen 507C (1)

Iklan
Jabatan Peguam Negara (AGC) tetap akan meneruskan pendakwaan terhadap lima remaja perempuan berusia bawah 18 tahun di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah, pada Rabu berhubung kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) tetap akan meneruskan pendakwaan terhadap lima remaja perempuan berusia bawah 18 tahun di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah, pada Rabu berhubung kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Peguam Negara (AG), Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata demikian ketika dihubungi, bagi mengulas permohonan ibu Allahyarhamah Zara Qairina supaya pendakwaan terhadap semua suspek itu, ditangguhkan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pendakwaan akan diteruskan mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2025) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Kita akan teruskan,” katanya.

Iklan

Pada pagi Selasa, peguam keluarga Zara Qairina memohon AG menangguhkan pendakwaan itu agar semua suspek dapat dituduh mengikut seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.

Berdasarkan rekod, seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Iklan

Barisan peguam, Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser memohon, lima remaja itu dituduh di bawah seksyen dengan peruntukan hukuman yang lebih berat.

Pada Isnin, Mohd Dusuki mengesahkan lima remaja bawah umur itu akan didakwa atas kesalahan mengugut Zara Qairina melalui komunikasi.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan pihaknya meneliti kertas siasatan polis dan membuat keputusan menuduh beberapa individu yang terbabit dalam kes buli berkenaan berdasarkan keterangan yang diperoleh.

AGC turut menjelaskan, keputusan menuduh suspek bagi kesalahan buli tidak akan menjejaskan prosiding inkues kematian Zara Qairina yang akan dijalankan di mahkamah.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan prosiding inkues bagi kes kematian gadis asal Sipitang, Sabah itu ditetapkan bermula 3 September ini selama 19 hari.

Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz yang bersidang sebagai Koroner menetapkan tarikh inkues pada 3 dan 4, 8 hingga 12, 17 hingga 19 serta 22 hingga 30 September.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kertas siasatan itu diserahkan selepas soal siasat terhadap 195 saksi dibuat.

 

 

Lagi artikel berkaitan:

Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak

Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin

Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin

Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini

[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina

Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis

Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia

'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP

Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ

Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ

Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina

Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid

Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’

Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum

Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula

Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam

Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis

'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'

Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli

Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis

Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah

Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran

'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'

'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli