Penyanyi rock legenda tanah air, Datuk Amy Search, dilihat bergambar selepas Sidang Media Konsert Solo Pertama Amy Search Magic di Society Mont Kiara baru-baru ini. - Foto: Bernama
Setelah 44 tahun bergelar anak seni, Datuk Amy Search, yang juga dikenali dengan nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman, 67, bakal mengadakan konsert solo pertamanya, Amy Search Magic, di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April ini.
Konsert tersebut dijangka menjadi satu acara bersejarah dalam perjalanan seni beliau yang telah mengharumkan industri muzik tanah air lebih empat dekad.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA