Pasha sokong perjuangan Ariel Noah

Ariel Noah, mencabar beberapa peruntukan dalam Undang-Undang Hak Cipta ke Mahkamah Konstitusi (MK) dan turut mendapat sokongan Pasha.
Ariel Noah, mencabar beberapa peruntukan dalam Undang-Undang Hak Cipta ke Mahkamah Konstitusi (MK) dan turut mendapat sokongan Pasha.
A
A
A

SERAMAI 29 pemuzik Indonesia, termasuk Ariel Noah, mencabar beberapa peruntukan dalam Undang-Undang Hak Cipta ke Mahkamah Konstitusi (MK).

Mereka mendakwa bahawa beberapa peruntukan tersebut telah menimbulkan kekeliruan dalam pelaksanaan dan boleh menjejaskan hak perlembagaan penggiat seni, khususnya dalam konteks hak persembahan.

Langkah tersebut turut mendapat sokongan daripada rakan pemuzik yang juga Ahli Parlimen (DPR RI), Sigit Purnomo Syamsuddin Said atau lebih dikenali sebagai Pasha Ungu.

Menerusi hantaran di akaun Instagram peribadinya, Pasha memberikan sokongan moral terhadap perjuangan Ariel dan rakan-rakannya dalam usaha mencabar beberapa peruntukan yang dikatakan menimbulkan ketidakpastian undang-undang terhadap penggiat seni persembahan.

“Sekali layar terkembang, berlayarlah.

“Apa sahaja yang sedang diperjuangkan oleh saudara kita Ariel dan yang lain di MK adalah satu bentuk usaha untuk memberikan pandangan undang-undang terhadap akta atau peruntukan yang dianggap perlu diteliti semula. Soal kekurangan dan kelebihan, itu adalah proses,” tulisnya.

Pasha turut menyeru masyarakat, yang tidak bersetuju, agar bertenang dan menghadapi proses perundangan itu dengan sikap matang.

Baginya, perjuangan itu merupakan ikhtiar kolektif demi kebaikan bersama, khususnya buat para penggiat industri kreatif.

Artikel Berkaitan:

“Belajarlah untuk menghormati dan menghargai pemikiran orang lain tanpa perlu memonopoli kebenaran.

“Buktikan kepada masyarakat bahawa insan seni juga adalah komuniti intelektual,” ujar bekas Datuk Bandar Palu itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!