Brian Wilson, penyanyi The Beach Boys meninggal dunia pada usia 82 tahun

Brian Wilson
Brian Wilson
A
A
A

PENYANYI utama dan pengasas kumpulan legenda The Beach Boys, Brian Wilson, telah meninggal dunia pada usia 82 tahun, lapor PA Media/dpa.

Berita pemergian ikon muzik itu diumumkan oleh keluarganya menerusi satu kenyataan rasmi yang disiarkan di laman sesawang beliau.

“Kami sangat sedih untuk mengumumkan bahawa bapa tercinta kami, Brian Wilson, telah meninggal dunia.

“Kami kehilangan kata-kata ketika ini. Mohon hormati privasi kami sementara keluarga kami sedang berduka. Kami sedar bahawa kesedihan ini turut dikongsi bersama dunia,” menurut kenyataan itu.

Wilson dikenali sebagai salah seorang pemuzik paling berpengaruh dalam sejarah muzik pop Amerika, dengan karya-karya seperti God Only Knows, Good Vibrations, dan Wouldn’t It Be Nice yang mencorakkan landskap muzik era 60-an. - Bernama-PA Media/dpa

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!