Bidong Summit 3.0 kali ini, pihak RHB turut menganjurkan Bidong Merdeka Dive sempena sambutan bulan kemerdekaan menerusi aktiviti mengibarkan bendera Malaysia di permukaan air secara beramai-ramai serta turut mengibarkan bendera Jalur Gemilang gergasi sebesar 20x10 meter di atas permukaan pantai bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik di kalangan peserta program seramai 60 orang.