PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengetuai empat jawatankuasa tetap badan induk bola sepak negara penggal 2017-2021.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin semalam, senarai jawatankuasa tetap diputuskan selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM di Kota Kinabalu, Sabah 8 April lalu.

Empat jawatan yang diketuai Tunku Ismail sebagai pengerusi adalah Jawatankuasa Darurat, Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan, Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan serta Jawatankuasa Tiket dan Pintu.

Bagi Jawatankuasa Tiket dan Pintu, Tunku Ismail akan dibantu Datuk Ismail Karim selaku Timbalan Presiden.

Sementara itu, Hamidin turut mengumumkan nama pengerusi dan timbalan pengerusi bagi Jawatankuasa Undang-Undang dan Peraturan, Jawatankuasa Status yang tidak dinyata sebelum ini.

Turut diumumkan senarai nama Jawatankuasa Undang-Undang dan Peraturan yang diketuai Datuk Baljit Singh Sidhu, dibantu Datuk Omar Aminuddin.

Manakala Jawatankuasa Status akan dipengerusikan oleh Mohd Joehari Mohd Ayob dan naib pengerusi, Supt Md Dali Wahid.

Satu lagi jawatan yang ditambah berbanding senarai awal Jawatankuasa Tetap FAM yang diumumkan sebelum ini adalah Jawatankuasa Pemasaran, dipengerusi Datuk Seri Subahan Kamal dan Christopher Raj sebagai timbalannya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh duduk bersama mulai tular selepas dimuat naik dalam laman Facebook Johor Southern Tigers semalam.
  • PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) agar mengkaji semula jadual perlawanan aksi Liga Malaysia (Liga-M) untuk musim depan dalam usaha menangani isu perlepasan pemain bersama skuad kebangsaan, lapor ZUBIR SULAIMAN.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.