TIADA sebab untuk Antoine Griezmann untuk meninggalkan Atletico Madrid bair pun dikaitkan dengan Manchester United.

Menurut pemain berasal Perancis itu, dirinya selesa bersama dengan pasukannya kini.

"Saya selalu sering ditanya tentang masa depan saya dan ini amat memenatkan saya. Seperti yang selalu saya katakan,saya sangat bahagia di Atletico dan kota Madrid.

"Cuacanya bagus, rakan pasukan adalah antara yang terbaik yang saya ada. Malah saya bermain dengan seorang pengurus yang terbaik.

"Jadi saya merasa sangat selesa di sini dan tiada alasan kenapa saya ingin pergi,” katanya.

Dikhabarkan Griezmann menjadi salah satu pemain yang diintai Manchester United bagi menghadapi saingan musim depan.

Griezmann diyakini mampu mengurangkan ketergantungan Manchester United terhadap Zlatan Ibrahimovic seperti musim ini kerana Griezmann dilihat memiliki naluri gol yang memang tinggi.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ANTOINE Griezmann yang terus dikaitkan dengan Manchester United mengakui segala kuputusan berada di tangan presiden kelab walaupun dia menegaskan dirinya masih selesa di Atletico Madrid.
  • ALETICO Madrid sudah menghantar bantahan kepada Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) berhubung sepanduk berbaur provokasi oleh penyokong Real Madrid dalam aksi kedua-dua pasukan awal pagi semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.