SEREMBAN - Jersi baharu Skuad Jang bagi saingan Liga Super 2018 bakal diperkenalkan secara rasmi pada 25 Januari ini.

Perkara tersebut disahkan pengurusnya, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin.

MOHAMAD HASLAH

"Majlis pelancaran itu akan dilangsungkan oleh Al-Ikhsan, selaku penaja rasmi jersi pasukan. Lokasinya di Al-Ikhsan di Seremban 2, jam 4 petang," katanya.

Sinar Harian melaporkan sebelum ini, ketiadaan jersi baharu ketika sesi pengenalan pemain pada 3 Januari lalu, telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat Skuad Jang.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan, mereka sengaja buat demikian untuk mengelakkan jersi terbabit ditiru oleh pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan.