Chong Wei ajak rakyat Malaysia banjiri tayangan skrin besar

Chong Wei. Foto fail Awani
Chong Wei. Foto fail Awani
A
A
A

BAHANG separuh akhir Piala Thomas 2024 yang menemukan Malaysia dan China di Chengdu pada jam 5 petang ini kian dirasai.

Debaran saingan kelompok empat pasukan terbaik itu dimeriahkan lagi dengan sokongan padu legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Bekas pemain nombor satu dunia itu mengajak seluruh rakyat Malaysia membanjiri tayangan skrin besar di seluruh negara.

Laungan sokongan itu dikongsi Chong Wei menerusi laman sosialnya sebentar tadi.

"Jom beri sokongan kepada pasukan Piala Thomas Malaysia petang ini di tempat masing-masing," catat beliau menerusi laman Instagramnya.

Penyokong boleh menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Thomas secara langsung di 15 lokasi seluruh negera.

Malaysia menyenaraikan barisan pemain sama ketika berjaya mengatasi Jepun dalam aksi suku akhir Khamis lalu.

Pemain negara terdiri daripada Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Justin Hoh selaku barisan perseorangan, manakala cabaran beregu pula digalas oleh Aaron Chia-Soh Woi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin.​

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!