SEREMBAN - Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) akan mengadakan sesi pemilihan pemain bagi mewakili pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan musim 2013 di sini pada Sabtu dan Ahad ini.

Setiausaha Eksekutif PBNS Faizal Zainal berkata sesi pemilihan itu akan dijalankan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini mulai pukul 8 pagi hingga 7 petang.

"Sesi pemilihan ini dijalankan bagi memilih pemain-pemain yang berusia 21 tahun ke bawah yang lahir pada 1992 hingga 1994," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat PBNS atau melalui talian 06-7628494, katanya.- Bernama