REKOD tanpa kalah PKNP FC selama tujuh bulan di gelanggang sendiri lebur apabila tumpas 1-2 kepada JDT II di Stadium Perak, malam tadi.

JDT II bermula garang dengan mengatur asakan ke gawang PKNP FC bagi membuka jaringan.

Bagaimanapun, benteng PKNP FC dilihat kental bertahan bagi menafikan asakan-asakan berkenaan.

PKNP FC akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-44  menerusi jaringan Hafiz Ramdan.

Babak kedua menyaksikan JDT II semakin menggandakan asakan dan hasilnya pada minit ke-63,  pemain importnya meledak gol penyamaan pada minit ke-63.

Gol berkenaan nyata menyemarakkan semangat kesebelasan JDT II untuk terus mengasak dan minit ke-77 giliran Jeronimo Barrales menanduk masuj gol kedua pelawat.

PKNP FC kemudiannya cuba bangkit untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan, namun gagal menembusi benteng pertahanan JDT II hingga wisel penamat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PKNP FC merealisasikan hajat meraih tiga mata di gelanggamg sendiri apabila menewaskan Terengganu, di Stadium Perak, malam ini.
  • BIARPUN menerima tentangan sengit tuan rumah, kejayaan PKNP FC menewaskan Kuantan FA 3-1 pada aksi 100 Plus Liga Premier di Stadium Darul Makmur kelmarin, dilihat sebagai satu pencapaian yang cukup baik, lapor SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.
  • BIARPUN menerima tentangan sengit tuan rumah, kejayaan PKNP FC menewaskan Kuantan FA 3-1 pada aksi 100 Plus Liga Premier di Stadium Darul Makmur malam tadi dilihat sebagai satu pencapaian yang cukup baik.
  • SKUAD Kuantan FA terpaksa berputih mata selepas tunduk 1-3 di tangan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) FC dalam aksi Liga Perdana di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.
  • KESEBELASAN skuad PKNP FC diingatkan untuk memberikan aksi maksimum pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia berdepan Felda United di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, malam esok.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.