KERJA-kerja pembinaan Stadium Sultan Ibrahim Larkin akan bermula dalam tempoh masa terdekat.

Menerusi kemas kini di laman sosial Johor Southern Tiger, reka bentuk stadium baru tersebut telah disahkan oleh pihak Pengurusan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

“Rekabentuk Stadium Sultan Ibrahim Larkin telah disahkan oleh pihak Pengurusan Kelab Bolasepak JDT.

“Kerana mu Johor dan seluruh penyokong JDT di seluruh dunia,” tulisnya.

Difahamkan stadium berkenaan juga dapat menampung kapasiti penonton seramai 35,000 orang.

Selain daripada itu, pembinaan stadium baru itu turut mendapat pujian daripada para penyokong bola sepak tanah air yang rata-rata memberikan komen positif di atas usaha pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam pembangunan bola sepak negeri tersebut.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENYOKONG mahu Stadium Darul Aman terus dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang kerana sarat dengan sejarah tersendiri termasuk menjadi mercu di Bandaraya Alor Setar.
  • BAGI peminat bola sepak khususnya untuk pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), wajah baharu stadium kesayangan mereka, Stadium Sultan Ibrahim Larkin, Johor Bahru, Johor hanya akan siap pada awal tahun hadapan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.