SOUTHERN Tigers Sdn Bhd melancarkan produk baharu mereka, telefon pintar berjenama OLA, hari ini.

OLA merupakan telefon pintar rasmi pertama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Pengarah Pemasaran Southern Tigers Sdn Bhd, Romain Gilbert Biesse berkata, pelancaran produk itu bagi mengiktiraf lebih 1.5 juta penyokong kelab berkenaan.

"Pelancaran kedua-dua peranti di bawah tanda dagangan Kelab Bolasepak JDT ini selaras dengan pendekatan DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik kelab.

"Keluaran baru ini menandakan penglibatan pertama kelab dalam kategori telefon pintar dan ini adalah bukti bahawa fokus dan pelaburan kelab adalah ke arah pembangunan dalaman reka bentuk, kualiti, pembuatan dan rantaian bekalan dengan rakan eksklusif kami," katanya.

Biesse berkata, pelancaran OLA yang hadir dengan dua pilihan iaitu JDT FC Black Matte Special Edition dan JDT FC White Rose Gold Special Edition itu terhasil menerusi kerjasama antara Southern Tigers Sdn Bhd dengan EX Mobile Sdn Bhd.

Dijual pada harga RM599 seunit, telefon pintar OLA dilengkapi 8.0 megapixel rear camera, 5.0 megapixel front camera, sensor identifikasi cap jari, lima titik skrin sesentuh pelbagai.

OLA mempunyai intergrasi sepenuhnya dan akses terus ke platform digital rasmi Southern Tigers sekali gus membenarkan penyokong memilih latar belakang home atau lock screen bertemakan Kelab Bolasepak JDT.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PEMAIN sayap lincah, Azammudin Mohd Akil mengesahkan beliau tiada lagi dalam senarai pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) tahun depan.
  • KELAB bola sepak dan pemenang Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan memberikan duit hadiah kemenangan kejohanan tersebut kepada mangsa banjir Pulau Pinang.
  • KEJAYAAN pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa pulang trofi Piala Malaysia di negeri ini setelah sekian lama begitu dinantikan penyokong tegar pasukan berkenaan.
  • PERTAHANAN Johor Darul Ta'zim (JDT) Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak mengakui kecewa apabila tidak dapat beraksi 90 minit pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 yang menyaksikan JDT melakar kemenangan 2-0 ke atas juara bertahan, Kedah di Stadium Shah Alam, semalam.
  • KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais mendedikasikan kemenangan menjuarai Piala Malaysia pada malam ini buat pemilik kelab itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.