RATU skuasy negara Datuk Nicol David mara ke separuh akhir Terbuka Netsuite di San Francisco, Amerika Syarikat pada Rabu (awal Khamis di Malaysia).

Beliau selaku pilihan kedua mengalahkan pilihan kelima Victoria Lust daripada England 11-5, 7-11, 11-6, 9-11 dan 12-10 di suku akhir yang berlangsung selama 76 minit di Justin Herman Plaza, kata laman web kejohanan www.oraclenetsuiteopen.com.

Nicol akan bertemu Dipika Pallikal daripada India di separuh akhir pada Jumaat (Sabtu di Malaysia), yang mengalahkan  pemain tuan rumah dan pilihan keenam Olivia Blatchford 13-11, 11-6 dan 11-9 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Malaysia tidak menghantar pemain lelaki ke kejohanan itu. – Bernama