• Piala Carling
1 /

LONDON - Liverpool mengatasi Cardiff City 3-2 menerusi tendangan penalti untuk menjulang Piala Carling di Stadium Wembley di sini, sekali gus mengakhiri kemarau kejuaraan yang berlarutan sejak enam tahun lalu.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa tambahan permainan berikutan gol minit-minit terakhir Cardiff City, pasukan yang kini dimiliki oleh ahli perniagaan dari Malaysia.

Kemenangan hari ini merupakan kali kelapan bagi Liverpool, pasukan pimpinan Kenny Dalgish. Malah ia juga merupakan perlawanan akhir kali yang ke-21 bagi Liverpool di Stadium Wembley.

Pertemuan peringkat awal kedua-dua pasukan dikuasai oleh Cardiff City menerusi jaringan Joe Mason pada minit ke-19. Liverpool menjaringkan gol penyamaan, menerusi Martin Skrtel, pada minit ke-60, sekali gus menyebabka permainan berlarutan sehingga masa tambahan.

Liverpool menambah jaringan pada separuh masa pertama waktu tambahan untuk meletakkannya 2-1. Gol dijaringkan oleh Dirk Kuyt pada minit ke-108.

Cardiff City yang tidak berputus asa menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-118, memaksa kejuaraan ditentukan menerusi tendangan penalti.
 

Tendangan-tendangan penalti:

- Tendangan Anthony Gerrard (Cardiff) tersasar (keputusan akhir Cardiff 2-3 Liverpool)

- Tendangan Glen Johnson berjaya (Cardiff 2-3 Liverpool)

- Tendangan Peter Whittingham berjaya. (Cardiff 2-2 Liverpool)

- Tendangan Stewart Downing berjaya (Cardiff 1-2 Liverpool)

- Tendangan Rudy Gestede tersasar

- Dirk Kuyt jaringan gol (Cardiff 1-1 Liverpool)

- Penalti disempurnakan oleh Don Cowie (Cardiff 1-0 Liverpool)

- Penalti Charlie Adam juga tersasar

- Penalti Kenny Miller tersasar

- Tendangan Steven Gerrard dari Liverpool diselamatkan oleh Tom Heaton