"BANGKIT dan jangan main macam pondan." Itu amaran Pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim kepada pemainnya terutama barisan import menjelang aksi timbal balik Piala FA bertemu Sarawak di Kuching, Jumaat ini.

Menurut Irfan, pemainnya perlu menampilkan aksi lebih agresif dalam usaha memadam defisit jaringan skuad Bujang Senang. 

Malah kata Irfan, inilah masanya buat pemain import membuktikan kemampuan mereka sebelum jendela perpindahan dibuka Mei nanti. 

Pertemuan suku akhir pertama di Kuala Terengganu 1 April lalu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri 1-1.

"Harus ingat, Terengganu datang ke Kuching bukan untuk seri tapi untuk menang. Jadi kami perlu cari ikhtiar untuk mendapatkan gol.

"Pada masa sama diharap barisan pertahanan kami tidak mudah bocor," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MESKIPUN sekadar melakarkan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi kedua kumpulan D, kempen Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta’zim, namun pengendali Terengganu, Ifran Bakti Abu Salim tetap memuji komitmen ditunjukkan pemain sepanjang perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
  • WALAUPUN berpuas hati dengan persembahan skuad Penyu ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan Piala Malaysia malam tadi, namun Irfan Bakti terkilan kerana anak buahnya gagal mencipta sebarang jaringan.
  • KETUA jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan, kedua-dua import baharu yang dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan mempunyai kualiti diperlukan skuad Penyu itu.
  • AKSI longlai jentera tengah skuad Terengganu menjadi penyumbang kepada kekalahan besar 0-3 di tangan Kedah dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini semalam.
  • PENGENDALI pasukan Terengganu FA, Irfan Bakti Abu Salim berpuas hati dengan kejayaan pasukan itu melangkah ke separuh akhir Piala FA 2017 biarpun terpaksa menunggu sehingga ke penentuan sepakan penalti sebelum mengatasi Sarawak 4-1 pada aksi di Stadium Negeri, di sini, malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.