DI SEBALIK kejayaan pasukan Jepun merangkul kejuaraan Piala Thomas kelmarin, ramai tidak mengetahui pasukan negara matahari terbit itu sebenarnya dibantu oleh anak Malaysia.

Individu tersebut ialah Izuan Ibrahim. Anak kelahiran Kelantan itu adalah jurulatih kepada pemain perseorangan Jepun, Kento Momota yang menewaskan pemain negara, Chong Wei Feng dengan straight set 21-15, 21-17.

Kemenangan Momota, 19, memastikan Jepun mendahului 2-1 pada aksi final di New Delhi.

Izuan yang merupakan seorang bekas guru ketika ini berkhidmat sebagai jurulatih remaja pasukan kebangsaan Jepun di bawah Nihong Badminton Association dan jurulatih di RS Hamanaka.

Dalam Facebook beliau, Izuan turut memuat naik status menyentuh kehebatan Zulfadli Zulkifli yang mengalahkan Momota di separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia pada 2011.

"Pada 2011, saya tumpang gembira apabila Zulfadli muncul juara dunia. Saya juga sedih apabila gagal membantu Momota di separuh akhir.

"Apa pun, 2014 menyaksikan permainan Momota semakin matang dan dia berjaya menewaskan ramai pemain hebat. Sekarang, saya sedih melihat kedudukan Zulfadli," katanya dipetik dari Facebook beliau.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SELEPAS hampir sebulan dipisahkan, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong kini mula menunjukkan perubahan positif bersama pasangan baharu masing-masing menjelang Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Perancis, akhir bulan ini.
  • TIADA tekanan dirasai pemain muda Chen Tang Jie apabila digandingkan dengan senior berpengalaman Goh Liu Ying.
  • KELAB Badminton (KB) Bukit Cheras mengungguli kedudukan Divisyen 2 setelah menewaskan KB Bangsar Hawks 15-2 dalam saingan JPL 2017, semalam.
  • JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei semakin hampir dalam misi memburu gelaran ketujuh Terbuka Jepun selepas mengesahkan slot ke final sebentar tadi.
  • LIMA beradik Sidek pernah mencetus satu fenomena luar biasa dalam arena badminton. Dalam mencapai kejayaan semestinya banyak dugaan dan cabaran harus ditempuhi lima beradik ini dalam mencipta nama mereka.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.