PUTRAJAYA - Seorang taikun dan dua bekas menteri kabinet antara 23 individu yang akan dinamakan sebagai satu pihak dalam saman sivil Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) terhadap bekas pengurus besarnya Datin Paduka Phang Oi Choo atau OC Phang.

 Ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak permohonan kebenaran untuk merayu oleh G. Gnanalingam yang merupakan Pengerusi Eksekutif Wesport Malaysia Sdn Bhd, bekas menteri Tan Sri Dr Ting Chew Peh dan Tan Sri Chor Chee Heung, serta  20 lagi yang kesemuanya bekas anggota lembaga PKA.

Mereka merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 17 Februari lalu untuk memasukkan mereka sebagai defendan ketiga dalam saman itu.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop yang mempengerusikan panel itu berkata kebenaran tidak dapat diberikan kepada 23 individu terbabit  kerana mereka tidak memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 96 (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

PKA menyaman  Phang kerana pecah amanah sebagai bekas pengurus besar berkaitan kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Phang kemudian memfailkan notis pihak ketiga untuk memasukkan  23 individu yang merupakan anggota lembaga PKA pada masa berkenaan sebagai defendan. Permohonan beliau  ditolak  oleh Mahkamah Tinggi pada 2015 namun rayuan beliau di Mahkamah Rayuan memihak  kepadanya.

Phang diwakili peguam Matthew Thomas Philip, Lavinia Kumaraendran dan Mavinthra Jothy, manakala pihak defendan ketiga diwakili peguam J. Doshi.

Perbicaraan dijangka bersambung di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 19 September ini. – Bernama  
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak saman fitnah yang dikemukakan dua wartawan hiburan terhadap penyanyi Shila Amzah dan bapanya, ND Lala.
  • KUALA LUMPUR - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dan enam lagi berjaya dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman difailkan oleh Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) berhubung dakwaan salah laku dan usaha menutup Pemangkin.
  • KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Setiausaha Dewan Rakyat Roosme Hamzah memohon untuk membatalkan saman pemula yang difailkan bekas Anggota Parlimen Sungai Benut, Mohamed Tawfik Tun Dr. Ismail berhubung Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 atau RUU 355.
  • IPOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak tindakan saman yang difailkan pemegang saham minoriti syarikat pelaburan emas Bestino Group Berhad terhadap dua pengarah dan dua pemegang saham majoriti syarikat itu.
  • KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini menolak permohonan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya penahanan remannya mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dinilai semula.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.