KUALA LUMPUR - Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 naik satu sen kepada RM2.21 seliter, manakala RON97 naik empat sen kepada RM2.52 seliter bermula tengah malam ini hingga 20 September.

Harga runcit diesel pula naik sembilan sen kepada RM2.14 seliter.

Ini dinyatakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui infografik di laman sesawangnya.

Bagi minggu sebelum ini iaitu dari 7 hingga 13 Sept,  harga runcit mingguan bagi RON95 ialah RM2.20 seliter, RON97 (RM2.48 seliter) dan diesel (RM2.05 seliter). –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASIR MAS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup petrol ke Thailand berjumlah RM14,000 termasuk tiga buah kenderaan dalam dua serbuan berasingan di Pengkalan Kubor, Tumpat, semalam.
  • ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak lelaki melecur akibat terkena simbahan minyak petrol ketika bermain di taman permainan berdekatan rumahnya di Taman Jelutong, Kuala Nerang, kelmarin.
  • KOTA BHARU - Dua lelaki ditahan dalam satu serbuan sepasukan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan petrol bernilai lebih RM2,000.
  • ALOR SETAR - Hanya kerana enggan bermain 'bola api' yang diperbuat daripada buah kering, seorang remaja lembam melecur di badannya selepas api menyambar tubuhnya yang disimbah minyak petrol oleh rakan sebayanya.