PETALING JAYA - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin memberi bayangan akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita PKR kepada Timbalannya Haniza Talha.

Zuraida yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang berkata, keputusan itu dibuat sejajar dengan semangat untuk menyuburkan agenda  reformasi dalam perjuangan Wanita PKR.

"Sudah tiba masanya saya menyerahkan tugas sebagai Ketua Wanita PKR untuk meneruskan perjuangan wanita kepada Timbalan saya YB Haniza Talha.

"Saya yakin Haniza adalah pemimpin seterusnya yang akan memberi satu nafas baru kepada PKR, dan insya- ALLAH nama beliau akan menjadi sama gah dengan nama-nama pemimpin wanita yang hebat lain," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Wanita PKR bersempena Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR, kali ke-12, di Dewan Bandaraya Sivik, di sini hari ini.

Justeru katanya, beliau menyeru agar semua perwakilan Wanita PKR untuk menyokong Haniza.

"Ayuh bersamanya, kerana Haniza adalah penerus saya untuk membawa agenda Wanita Malaysia ke arah yang lebih hebat lagi," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya di Selangor untuk menolak gutter politics atau politik longkang bagi menjamin perpaduan dalam negara.
  • AMPANG - Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin meragui kaji selidik PRA-PRU yang menunjukkan pengurangan sokongan terhadapnya.
  • SHAH ALAM - Kedudukan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kerusi Parlimen Gombak dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di kawasan Parlimen Pandan dijangka goyah berdasarkan kepada responden kaji selidik dilakukan Sinar Harian.
  • SHAH ALAM - Dakwaan kononnya terdapat lapan Adun PKR akan melompat parti menyertai Umno bersama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, tidak benar.
  • SHAH ALAM - Tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib kembali ke pangkuan Umno seperti yang diumumkan Perdana Menteri petang tadi tidak memberi kesan terhadap PKR.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.