KEMAMAN - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pandangan beberapa golongan ulama yang menganggap memberi undi kepada parti Pas itu adalah haram, wajar dibincang secara muzakarah.

Katanya, selama ini ulama Pas menganggap mengundi Umno adalah haram, tetapi sekarang ini ternyata ada pandangan lain yang menyatakan memberi undi kepada Pas itu haram hukumnya.

"Saya kira semua orang patut pandang serius perkara ini. Biarlah berlaku lagi perbahasan ataupun muzakarah yang lebih mendalam tentang pandangan berkenaan. Apakah rasionalnya hujah dari segi hukum, hujah berdasarkan nas, al-Quran dan sebagainya bagi mengiakannya.

"Tetapi bagi saya, yang jelasnya mengundi Pas ertinya menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang manifestonya membenarkan kalimah ALLAH digunakan dan kita akan lihat orang bersyarah menggunakan perkataan ALLAH tanpa merujuk konsep ALLAH yang kita fahami dalam agama Islam," katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar bahawa para ulama, tok guru pondok , imam dan ustaz muda yang menganggotai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Kelantan mengisytiharkan bahawa haram memberi undi kepada Pas pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Ahmad Shabery berkata demikian pada majlis penyampaian baucer Buku 1Malaysia kepada seramai 413 pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kemaman di sini semalam.

Mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Ahmad Shabery berkata, ia bukan sahaja meringankan beban rakyat malah memberi impak kepada ekonomi apabila dibelanjakan seperti di pasar malam dan kedai-kedai. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MARANG - Setelah 30 tahun berlalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendedahkan rahsia pengalaman kali pertamanya menjadi ‘pelaut’ bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
  • MUADZAM SHAH - Umno dan BN merupakan parti yang paling kuat kini dan masa ini adalah masa terbaik untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
  • SUNGAI BESAR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad bersekutu dengan Pakatan Harapan yang merupakan seterunya sebelum ini, menjadikan kempen pembangkang bagi dua Pilihan Raya Kecil (PRK) umpama "pesta kuda tunggangan".
  • KUALA LUMPUR - Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa rakyat menolak calon BN pada dua pilihan raya kecil bulan depan umpama seorang bapa yang sanggup membunuh anak yang dibesarkannya, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
  • JOHOR BAHRU - Penglibatan bekas pemimpin kanan negara menandatagani 'Deklarasi Rakyat' dilihat tidak menjejaskan proses pengislahan Umno.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.