KUALA LUMPUR - Umno kini lebih selesa tanpa kehadiran '4M'; bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, perjalanan dan gerak kerja parti lebih teratur tanpa konflik yang dibawa oleh keempat bekas ahli Umno tersebut.

"Sekarang Umno nampak lebih selesa, lebih kuat dan lebih ringan tanpa '4M' ini. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka," katanya ketika ditemui Sinar Online, di sini, hari ini.

Bagaimanapun ahli parti diingatkan supaya tidak ambil ringan terhadap individu '4M' yang disebutnya.

"Mereka bukan ancaman kecil kepada Umno. Mereka adalah nama-nama besar (yang meninggalkan Umno) dan memberi kesan yang besar kepada ahli," katanya lagi.

Menurutnya lagi, ahli Umno seharusnya berpegang jitu kepada objektif parti iaitu untuk perkukuhkan dan memenangi pilihan raya.

"Kita sebagai sebuah parti politik akan terus bekerja kuat, sepertimana yang saya katakan tadi dalam Umno, tidak ada pemimpin yang akan melebihi sebuah parti," tegasnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • NIBONG TEBAL - Umno Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng memperincikan bayaran kepada pemegang konsesi untuk projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa empat kali ganda lebih mahal.
  • KUALA KUBU BHARU - Pemimpin akar umbi Umno Bahagian Hulu Selangor menyatakan kesetiaan kepada Ketua Umno Bahagian, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan bagi mengetuai kepimpinan sekarang.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.