SHAH ALAM - Melewati hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mendapati sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) hanya berbeza tiga hingga lima peratus.

Bagaimanapun menurut Pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, kecenderungan rakyat masih memihak kepada PR.

"Kita melihat berdasarkan kepada dua indikator iaitu ceramah PR yang jauh lebih baik mendapat sambutan dan kesesakan trafik ke utara dan timur tanah air bermula semalam.

"Ia hampir menyamai tsunami politik 2008," jelas beliau kepada Sinar Harian Online.

Menurut Redzuan, jika dibandingkan 2008, perbezaan sokongan ketika itu hanya satu peratus di mana akhirnya pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN.

"Jadi maknanya, kalau sekarang tiga hingga lima peratus, maksudnya, kedua-dua parti ada peluang.

"Dalam angka itu macam-macam boleh berlaku. Tetapi kedua-dua parti mempunyai peluang yang hampir sama," ujar beliau.

"BN juga cukup yakin mereka akan menang," tambah beliau.

Beza sokongan pada PRU 2008 ialah BN mendapat 50 peratus manakala PR 49 pratus.

Jelas Redzuan lagi, sehingga tengah malam ini, 'final swings' boleh berlaku dan ia akan memberi kelebihan kepada mana-mana parti politik.

"Sebab itu, saya katakan kalau malam ini cuaca tidak elok, ia satu bonus kepada BN.

"Ini ialah perang psikologi," ujar beliau sambil menambah, faktor pengundi hantu dan pemberian wang turut akan mempengaruhi pengundi di saat akhir.

Pada PRU lalu, di malam terakhir kempen lautan manusia memenuhi siri kempen perikatan pembangkang yang kemudiannya menyaksikan beberapa negeri jatuh ke tangan PR. 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Faktor anak tempatan, mesra dan prihatin pengundi serta mempunyai pendidikan agama antara aspek yang menjadi pilihan kepada calon yang akan bertanding dalam PRK...
  • KUALA LUMPUR - [VIDEO] Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menerusi kajiannya mendapati pengundi PRK Dun Kajang menyambut...
  • KUALA LUMPUR - - Populariti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi Datuk Seri Najib Tun Razak dari aspek siapa lebih layak jadi perdana menteri kali ini, demikian menurut hasil kajian terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.