Tiada halangan lancar Pasma Kelantan

Che Ibrahim Mohamed
A
A

KOTA BHARU - Naib Pengerusi Pasma Kelantan, Che Ibrahim Mohamed menyatakan pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan untuk melancarkan NGO itu di sini tidak lama lagi. Menurutnya, desas-desus mengatakan Pas Kelantan menolak Pasma adalah tidak benar memandangkan tidak ada ketetapan dikeluarkan dari pihak Pas Kelantan walaupun Mesyuarat Badan Perhubungan parti itu telah diadakan baru-baru ini. “Mereka (Pas Kelantan) tidak ada kata apa-apa pun tentang pelancaran Pasma ini, malah kita tidak mendapat apa-apa maklumat sebagaimana yang dikatakan oleh sesetengah pihak bahawa Pas Kelantan tidak menerima Pasma di sini. “Buat masa sekarang ini kita tidak mendapat apa-apa maklumat rasmi mengenai perkara tersebut,”katanya kepada Sinar Harian hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh yang menasihati penyokong parti supaya tidak terlibat dengan Pasma.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia

×