SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia ke mahkamah jika Pakatan Rakyat (PR) bertekad untuk mengheret penolong pendaftar yang didapati melakukan kesalahan berhubung pendaftaran pengundi baru menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR tidak gentar kerana agensi tersebut telah mengikut proses undang-undang seperti yang termaktub.

"Besar kemungkinan penolong pendaftar parti politik yang mendaftarnya (membuat kesalahan).

"SPR ada menyimpan semua bukti termasuk Borang A (permohonan pendaftaran pengundi). Ia akan dijadikan bukti di mahkamah nanti," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh mendakwa menemui bukti berlaku penipuan dalam daftar pemilih bagi PRU13.

Ia berdasarkan peningkatan pemilih baru begitu mendadak yang dikatakan SPR sebelum ini dan mendakwa ia sudah melibatkan kesalahan jenayah yang termaktub di bawah  Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengibaratkan Selangor sebagai 'pemenang pingat emas' Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), antara lain kerana dilihat sebagai negeri "paling panas" kali ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.