Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad - Foto Ihsan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
SEREMBAN - Menggunakan khidmat bomoh bagi mengubati sakit tertentu seperti gangguan makhluk halus, dibolehkan. Namun, sekiranya untuk kepentingan politik, ia sama seperti bertenung nasib dan hukumnya syirik.
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, tidak salah sekiranya berjumpa bomoh untuk membantu disebabkan terkena gangguan makhluk halus, namun perlu berlandaskan syariat Islam.
Bagaimanapun, katanya, sekiranya khidmat bomoh digunakan untuk menang pilihan raya atau menyakiti orang lain, perbuatan itu amat ditegah dalam Islam kerana syirik.
“Meminta bomoh memberikan kemenangan dalam pilihan raya samalah seperti meramal nasib, kerana tiada jaminan perkara itu akan benar-benar berlaku.
“Seeloknya setiap calon yang bertanding bergantung pada diri sendiri dan berserah sepenuhnya kepada ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Yusof berkata, masa depan setiap individu bergantung pada perbuatannya masa lalu.
“Seandainya calon sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk kebaikan rakyat, maka memadailah dengan berdoa kepada ALLAH untuk beroleh kejayaan.
“Paling penting, hadapkan diri pada ALLAH dan tinggalkan segala larangannya dengan mematuhi ajaran Islam,” katanya.
- Tak relevan guna bomoh untuk menang
- MB Negeri Sembilan: Jangan emosi dalam soal pilih calon
- Politik bomoh: Sama hukum dengan ramal nasib
- Pengamal politik kecam guna bomoh
- Guna bomoh lega tekanan PRU
- Politik bomoh: Kepentingan peribadi punca tidak ikut batas syariat
- Politik bomoh: Buat kerja, tak perlu jumpa bomoh
- Politik bomoh: Guna bomoh tanda tidak yakin
- Politik bomoh: Bertaubat segera
- Politik bomoh: Kebahagiaan sementara




