SABAK BERNAM - Pemuda Umno Bahagian Sungai Besar mencalonkan Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti itu.

Pada mesyuarat perwakilan yang diadakan di Sekin Hotel itu, Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar mendapat 152 undi menewaskan lapan lagi pencabarnya.

Selain Jamal, Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Dr Asyraf Wadji Dusuki pula meraih sebanyak 32 undi dan Abdul Razak Mohamed Yusof mendapat tujuh undi.

Sebahagian pemuda Umno hadir pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Sungai Besar di Sekin Hotel, di sini.

Selain itu, dua undi masing-masing diperoleh Imbran Afham Armen dan Mohd Nor Izzat Mohd Johari.

Sementara itu, tiga lagi calon tidak menerima sebarang undi daripada perwakilan iaitu, Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun, Wan Md Hazlin Agly Wan Hassan dan Syed Rosli Syed Harman.