KODIANG - Parti Pas dilihat lebih tertarik dengan perjuangan Umno yang lebih menjaga kebajikan umat Islam dan mengamalkan pentadbiran yang menguntungkan Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, Pas sebelum ini memutuskan kerjasama dengan DAP akibat tindakan parti berkenaan yang seakan membuli Pas.

"Pas pun dah serik dgn DAP, tahaluf siyasi pun dah tak ada dengan DAP.Pas ini dalam banyak-banyak hal suka dasar perjuangan Umno dari pembangkang," katanya ketika berucap di Iftar Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat peringkat negeri Kedah di Kampung Pering, petang tadi.

Menurutnya, walaupun berbeza pendapat, tetapi Pas dapat melihat dengan jelas prinsip perjuangan Umno dalam menjaga kepentingan umat Islam dan memartabatkan agama Islam.

Sementara itu, Dalam majlis berkenaan, Datuk Seri Mohd Najib turut melancarkan Projek Lampu Jalan Kampung Fasa 8 (LJK8), Peringkat Kebangsaan di sini, menjadikan sejumlah RM250 juta dibelanjakan bagi penyediaan lampu jalan di luar bandar sejak tahun 2003.

Peruntukan itu membolehkan 422,000 unit lampu jalan kampung dipasang di seluruh Malaysia termasuk 122,133 unit di bawah LJK8 yang menelan kos RM100 juta.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM6.1 juta untuk pemasangan 8,093 unit lampu jalan kampung di seluruh 15 kawasan Parlimen di Negeri Kedah termasuk di 96 buah kampung di Jerlun.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Azman Mohd serta barisan exco negeri Kedah.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Lawan tetap lawan. Itu kata dua Pas terhadap PKR apabila parti itu mahu meletakkan calon mereka bertanding di kubu kuat PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU14 nanti.
  • JITRA - Umno Kedah yakin akan berlaku ‘tsunami Cina’ yang memihak kepada BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 kelak berikutan pengundi Cina hilang keyakinan terhadap DAP kerana bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.