KOTA BHARU – Pas berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut akan membincangkan isu kedudukan umat Islam Rohingya masa kini dalam pertemuannya bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump nanti.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, malah isu umat Islam itu sendiri juga bukan hanya melibatkan masyarakat Rohingya, namun mereka yang berada di Palestin dan Negara-negara lain yang kini sedang berdepan pelbagai kezaliman.

“Isu Rohingya ini adalah isu ummah dan kemanusiaan, isu ummah ini ialah mereka itu beragama islam. Sebagai umat Islam, kita ada tanggungjawab untuk membantu setakat mana yang kita boleh, sekurang-kurangnya ada rasa simpati kepada saudara-saudara kita yang seagama walau di mana sahaja kita berada.

“Apabila mereka ditimpa musibah atau dizalimi, maka menjadi tanggungjawab kita untuk membela mereka,”katanya kepada pemberita.

Menurutnya, apa yang berlaku di Rohingya itu perlu diambil peduli oleh semua pihak, terutamanya umat Islam dan negara-negara Islam seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan yang berdekatan dengan mereka.

Malah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) juga berhak bersuara dan perlu lebih ke hadapan daripada pihak-pihak lain dalam membantu menyelesaikan isu-isu yang melibatkan umat Islam ini tersebut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :