BERA - Anggota Jentera Pilihan Raya Pas Parlimen Bera hari ini membantah tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calon PKR yang akan bertanding di kawasan Parlimen berkenaan pada pilihan raya umum ke-13.

Bantahan itu dilakukan kira-kira 50 anggota Pas yang menamakan diri mereka sebagai Jawatankuasa Bertindak Bantah PKR Rampas Parlimen Bera.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Mohd Shahrul Mohamed berkata kerusi Parlimen Bera merupakan kerusi sasaran Pas Pusat untuk dimenangi pada pilihan raya umum ini.

"Kerusi Parlimen Bera juga tidak pernah dimasukkan dalam mana-mana rundingan pertukaran kerusi antara PKR dan Pas sejak tahun 2008 dan tindakan Ketua Umum PKR mengumumkan kerusi itu ditandingi PKR pada 9 April lepas, merupakan satu tindakan biadap,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata jentera pilihan raya Pas kawasan itu kesal kerana pengumuman itu dibuat tanpa rundingan dan persetujuan Pas.

Anwar telah mengumumkan Zakaria Abdul Hamid, Ketua Cabang PKR Kuala Lipis sebagai calon PKR di Bera. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GOMBAK - Pas memberi gambaran Rang Udang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 bakal dibentangkan selepas PRU14.
  • KOTA BHARU - Pakatan Harapan perlu menerima hakikat Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi dianjurkan mereka gagal capai sasaran dan bukannya menyalahkan anak muda.
  • KUALA LUMPUR - Pas menggesa kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat peristiwa hitam Memali pada 1985.
  • MARANG - Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi menyerahkan kepada parti sama ada terpilih sebagai calon dalam PRU-14 akan datang atau sebaliknya namun beliau lebih selesa menjadi petugas biasa.
  • SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya di Selangor untuk menolak gutter politics atau politik longkang bagi menjamin perpaduan dalam negara.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.