JITRA - Pakatan Harapan akan terus berusaha memujuk Pas menjalin kerjasama dengan parti pembangkang lain untuk mengelak pertandingan tiga penjuru pada PRU14, meskipun Pas seakan-akan menutup pintu rundingan.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, masih ada masa untuk perbincangan.

“PRU14 masih jauh. Dalam politik apa pun boleh berlaku," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Pakatan Harapan Kedah, semalam.

Mohamad mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin yang menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan DAP, malah sanggup berdepan pertandi-ngan tiga penjuru pada PRU14 kerana DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad berkata, Sekretariat Pakatan Harapan menubuhkan jawatankuasa khas untuk runding dengan semua parti pembangkang berhubung agihan kerusi.

“Kita putuskan jawatankuasa itu ditubuhkan untuk bincang dengan semua parti,” katanya.

Ditanya sama ada pihaknya yakin mendapat persetujuan Pas untuk pastikan hasrat pembangkang untuk satu lawan satu dengan BN tercapai, Mohamad berkata, usaha berterusan dilakukan.

“Kita cuba sedaya upaya. Jika kita pinang orang tak mahu, kita nak buat macam mana,” katanya.

Beliau nafikan akan menggunakan khidmat Bersatu sebagai ‘orang tengah’ untuk berunding dengan Pas jika Pas berdegil.

“Kita bekerja atas Pakatan Harapan, ini termasuk bincang bersama Bersatu. Kita akan cuba namun terserah kepada Pas untuk buat keputusan,” katanya.

Menurutnya, calon Kabinet bayangan Pakatan Harapan juga masih belum dibincangkan.

“Semua calon itu, termasuk calon menteri besar setiap negeri, belum dibincang, masih terlalu awal. Kita tiada kerana kita ada ramai pemimpin berwibawa,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Amanah menyerahkan kepada budi bicara Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada untuk meminta maaf atau sebaliknya dalam insiden Memali, yang berlaku lebih tiga dekad lalu.
  • SHAH ALAM - "Kita menentang campur tangan Amerika Syarikat (AS) ke atas mana-mana negara, begitu juga Malaysia juga tidak boleh berbuat perkara sama dalam hal-hal negara lain," demikian menurut Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
  • KLANG - Pimpinan Pakatan Harapan (Harapan) menolak dendam lama terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad demi mencapai kesepakatan.
  • SHAH ALAM - Presiden Amanah, Mohamad Sabu meminta semua pihak dalam parti untuk bekerja keras demi melebarkan rahmat Islam ke seluruh masyarakat di negara ini.
  • SHAH ALAM - Presiden Amanah, Mohamad Sabu menegaskan bahawa beliau akan menjadi penentang kepada 'kawan' Umno.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.