SHAH ALAM - Pakatan Harapan (Harapan) boleh disifatkan sebagai pakatan yang tiada harapan.

Menurut Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Rosni Zahari, ia memandangkan pakatan itu sehingga kini masih belum berjaya meraih persetujuan daripada semua pihak dalam pemilihan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Harapan.

"Harapan sebenarnya masih kelabu, keliru dan tak jelas hala tuju, mereka hanya pandai berjanji manis, tetapi bila sudah berjaya, mereka tak tunaikan apa yang mereka janjikan.

"Kami BN tidak janjikan bulan dan bintang, kami hanya janjikan apa yang kami mampu, tetapi kita yakin apa yang dijanjikan pasti akan ditunaikan," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Harapan mengumumkan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri jika gabungan parti itu menang pada PRU14 akan datang.

Pengumuman itu dibaca Ketua Setiusaha Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah dalam pengumuman khas pada Konvensyen Pakatan Harapan 2018 minggu lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Harapan umum Mahathir calon Perdana Menteri]

Menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai seorang pemimpin lidah bercabang, Rosni berkata, Mahathir sengaja menimbulkan isu perkauman untuk memperoleh sokongan.

"Mahathir tidak akan berjaya menjadi pemerintah, dulu (ketika 22 tahun memegang pemerintahan) beliau cakap lain, sekarang beliau cakap lain.

"Apa yang dilakukan Mahathir hanyalah demi kepentingan diri dan keluarganya," katanya lagi.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan sebagai sebuah pertubuhan yang sah sebenarnya tidak wujud, sebaliknya hanyalah sebuah "Pakatan Wayang” yang menyaksikan pakatan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan empat parti pembangkang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
  • SHAH ALAM - Pakatan Harapan (Harapan) akan sentiasa mengalu-alukan peranan golongan orang muda dalam usaha membangunkan negara.
  • PETALING JAYA - Status permohonan Pakatan Harapan untuk menjadi gabungan rasmi yang dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) masih tiada jawapan.
  • KUALA TERENGGANU - Pakatan Harapan (Harapan) Terengganu sedang dalam proses melengkapkan calon masing-masing yang akan diketengahkan, khususnya di peringkat kerusi Parlimen pada PRU14.
  • PETALING JAYA - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Pas mengemukakan pendirian sama ada bersetuju menerima calon perdana menteri daripada Pakatan Harapan atau kekal memilih Datuk Seri Najib Tun Razak.