KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu pihak yang mendakwa wujudnya masalah sosial di Kelantan mengemukakan bukti termasuk lokasi dan individu terlibat.

Sambil menyifatkan laporan media sebelum ini sebagai tidak tepat dan dibuat secara umum dengan melindungi fakta dan pihak terlibat, Nik Abdul Aziz berkata, maklumat lebih terperinci penting untuk tindakan pihak berkuasa.

“Sewajarnya semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan haram ini, tampil membuat aduan, sedangkan setiap masa ada sebahagiannya mencabar undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri.

“Misalnya, Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 pada 15 Julai tahun lepas, diserikan dengan persembahan artis wanita secara terbuka, jelas melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998,” katanya dipetik dari akaun Facebook beliau semalam.

Nik Abdul Aziz mengulas laporan media semalam yang mengatakan masih wujud beberapa kegiatan tidak bermoral di Kelantan antaranya membabitkan pelacuran, pengambilan dadah serta perjudian termasuk dilakukan kalangan remaja.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz mengakui Kelantan bukanlah negeri yang sempurna, namun sentiasa berusaha mengekang kegiatan tidak bermoral di negeri ini sebagaimana pengharaman premis judi, rumah urut dan penjualan minuman keras secara terbuka.

“Jika ia wujud, bermakna kewujudannya tanpa lesen dan secara haram. Sesuatu yang wujud secara haram bukan bukti ia direstui, adakah apabila meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah di seluruh negara contohnya bermakna ia direstui oleh kerajaan pusat?” soalnya.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas turut menegaskan pendirian negeri yang sentiasa optimis membanteras dan tidak pernah berkompromi untuk memberi lesen untuk kegiatan haram di negeri ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Perwakilan Pahang, Wong Chun Yuan menyanjung tinggi sifat kepimpinan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
  • SHAH ALAM - Amanah hari ini melahirkan rasa kesal berhubung tuduhan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali terhadap penganjuran 'Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat' oleh pihaknya.
  • SHAH ALAM - Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Aziz yang dianjurkan Amanah semalam merupakan bentuk manipulasi terhadap bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik yang telah tiada.
  • KUALA LUMPUR - Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa, berkongsi tiga perkara kepimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang beliau sanjungi.
  • KUALA LUMPUR - Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai seorang tokoh pemimpin yang sejati.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.