KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menghukum kononnya Pakatan Rakyat (PR) melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini, sebagaimana diumumkan beliau di Tanah Merah semalam.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah yang tidak setuju dengan pendirian perdana menteri itu berkata, tujuh dosa besar digariskan berkenaan tidak selayaknya ditaburkan terhadap PR daripada mulut pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) itu.

“Dia (Najib) tidak layak menentukan hukuman dosa atau pahala. Apatah lagi menghukum PR melakukan dosa besar. Dosa hanya ALLAH yang tentukannya,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tujuh dosa besar yang digariskan perdana menteri  ketika lawatannya semalam, di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1.

Antara dosa yang dinyatakan ialah  membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan dan mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - "Ibarat sinetron, tapi yang anti-klimaks," ujar Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Aminuddin Harun ketika mengulas pengumuman khas oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kepulangan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke pangkuan Umno, petang semalam.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan sidang media khas di Ibu pejabat Umno di Tingkat 39, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang ini.
  • SHAH ALAM - Kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara luar mampu memberikan implikasi yang baik demi pembangunan dan kesejahteraan negara.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar pihak pembangkang yang menuduhnya menjual kedaulatan negara hanya kerana menjalin hubungan yang erat dengan China.
  • KOTA BHARU - Umno menyifatkan tindakan veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa menteri kabinet menghalang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada melakukan lawatan ke Amerika Syarikat bulan hadapan sebagai tindakan terdesak.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.