Majlis Sambutan Hari Umno ke-72 kecoh

Berlaku sedikit kekecohan selepas Majlis Sambutan Hari Umno ke-72 di PWTC, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Sambutan Hari Umno ke-72 di PWTC, Kuala Lumpur dicemari kekecohan sehingga hampir menimbulkan pergaduhan apabila seorang individu mendakwa mewakili suara Pemuda Umno menggesa pimpinan bertanggungjawab di atas kekalahan Umno-BN pada PRU14.

Individu dikenali Taqiyuddin atau Qiddin, tiba-tiba muncul di hadapan pengamal media dan berkata pucuk pimpinan perlu bertanggungjawab dengan kekalahan tersebut.

"Pemuda menggesa pucuk pimpinan bertanggungjawab khususnya kepada mereka yang berumut 60 tahun ke atas.

"Beri peluang kepimpinan baharu kepada orang muda dan kami juga desak pimpinan untuk mengembalikan semula semua aset Umno yang dalan pemilikan mereka," katanya.

Beberapa ahli Umno lain kemudiannya dilihat cuba menghalang dan memegang Qiddin yang akhirnya berlaku sedikit kekecohan.

Beberapa pegawai berkuasa berhampiran terpaksa masuk campur bagi menenangkan keadaan.

AKAN MENYUSUL


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia

×