KOTA KINABALU - Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Henrynus Amin hari ini menyelar Datuk Dr Jeffrey Kitingan atas apa yang disifatkannya sebagai kritikan tidak kena pada tempatnya berhubung sokongan padu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan terhadap Barisan Nasional (BN), yang menurutnya mencerminkan keyakinan PBS terhadap kepimpinan dan dasar-dasar perdana menteri dan ketua menteri Sabah.
Beliau berkata, PBS pastinya kecewa dengan tindakan terbaharu Dr Jeffrey Kitingan yang mengkritik abangnya sendiri yang merupakan Presiden PBS, Ahli Parlimen Keningau dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tambunan kerana memuji kepimpinan BN negeri dan persekutuan.
"Apa salahnya untuk menyatakan penghargaan parti kepada kepimpinan BN negeri dan persekutuan atas semua perkara baik yang telah dilakukan demi manfaat rakyat Sabah?" soalnya.
Henrynus berkata mana-mana ahli politik yang berfikiran waras akan memberikan pujian apabila wajar dipuji dan mengkritik apabila perlu dikritik, bergantung kepada keadaannya.
"Adalah kurang cerdik untuk Dr Jeffrey mengkritik begitu apabila Pairin hanya menjalankan tanggungjawabnya terhadap penduduk di Keningau dan Tambunan dengan memberikan pujian kepada perbuatan baik kerajaan BN negeri dan persekutuan," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, Dr Jeffrey tidak boleh mengenepikan hakikat bahawa dalam banyak keadaan, PBS telah lantang menyuarakan isu-isu yang dekat dengan hati penduduk apabila perlu berbuat demikian.
Henrynus mengingatkan Dr Jeffrey bahawa Pairin mungkin jarang bersuara namun setiap kali beliau memberikan pandangan mengenai soal-soal dasar, ia sentiasa mendapat perhatian perdana menteri dan ketua menteri Sabah.
Katanya, Dr Jeffrey mungkin lupa bahawa Pairin ialah orang yang bertanggungjawab memberikan kata dua kepada pucuk pimpinan BN dengan merisikokan dirinya sebagai pemimpin politik kanan, bagi menyelesaikan isu pendatang tanpa izin dan pemalsuan kad pengenalan pada 2012.
Beliau berkata, Pairin bukan sahaja menyuarakan pendapatnya mengenai perlunya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi isu pendatang tanpa izin tetapi turut berpegang pada janjinya apabila meminta pucuk pimpinan BN negeri melantiknya sebagai pengerusi Jawatankuasa BN mengenai Kewarganegaraan.
"Dan pujian patut diberikan kepada ketua menteri yang berpandangan jauh dan komited untuk menggerakkan sokongan BN negeri bagi penubuhan suruhanjaya siasatan diraja," katanya.
Beliau berkata, pujian juga mesti diberikan kepada semua parti politik komponen BN negeri yang berjaya mengambil tindakan sepadu dan buat pertama kalinya, semua pihak termasuk pemimpin pembangkang mencapai persetujuan dalam isu itu.
"Jadi, ianya tidak perlukan orang yang bijak untuk melihat kenapa Pairin bersyukur kerana mendapat rakan kongsi yang betul dalam diri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang sepenuh hati memberikan sokongannya serta sokongan Umno Sabah di sebalik penubuhan RCI," katanya.
Henrynus berkata, berbanding dengan Dr Jeffrey, Pairin sendiri bukannya baru dalam permainan politik dan beliau telah menunjukkan kewibawaannya dalam berpolitik dengan berjaya menyakinkan pucuk pimpinan BN negeri dan persekutuan berhubung cadangan penubuhan RCI.
Katanya, PBS mendapati pendekatan merendah diri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam berpolitik serta dasarnya yang sederhana dan pragmatik dengan mengambil perhatian dan segera menyelesaikan isu nasional dan negeri, amat disenangi rakyat dan telah meraih sokongan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan kedudukan geografi.
Beliau berkata PBS berpendapat Najib wajar diberikan pujian atas kerja keras beliau dalam memperkenalkan dan melaksanakan dasar-dasar cemerlang seperti program transformasi kerajaan dan ekonomi, produk 1Malaysia, pembaharuan proses pilihan raya, memansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), komitmen terhadap penubuhan RCI, selain bantuan wang tunai kepada golongan miskin dan yang memerlukan, yang telah berjaya memenangi hati dan minda rakyat biasa.
Henrynus berkata dengan mengkritik Pairin kerana memuji pucuk pimpinan BN negeri dan persekutuan yang sememangnya wajar diberikan pujian, Dr Jeffery hanya mengukuhkan tanggapan orang ramai terhadap kelemahan dirinya sendiri, ataupun, kejahilannya terhadap selok-belok politik negeri dan persekutuan. - Bernama
Kritikan Jeffrey ke atas Pairin tak kena tempat
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Surat terbuka KJ
- 6 daripada 27 Parlimen wujud keraguan
- PSM akan kaji semula kerjasama dalam PR
- Pertimbangan ahli PKR Selangor dalam GLC
- BN kaji fail petisyen keputusan PRU13
- Pas Selangor tak sertai Bantah 505
- Cadangan BN sebagai parti tunggal rasional, perlu dikaji
- Harun: Pas utama jalan damai
- PKR akan fail 27 petisyen terhadap keputusan PRU13
- Kit Siang : Demonstrasi bukan cara DAP
- Mukhriz cabar pembangkang
- Nik Aziz : Apa guna popular jika tiada keadilan
- Demonstrasi jalanan jejas imej negara
- Petisyen: PR yakin BN tumbang
- Wan Azizah nasihat Azmin lawat ibunya
- Nik Nazmi: Hentikan penahanan terpilih
- PR mahu batalkan GST
- PR ramal BN bakal berpecah
- Pas sedia bantu polis siasat konspirasi gulingkan kerajaan
- Kit Siang dakwa pelantikan 5 anggota Kabinet tidak sah




