Tweet Kit Siang yang didakwa sengaja mempolitikkan kematian William Yau.
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membidas Penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana mempolitikkan insiden tragis kematian kanak-kanak enam tahun, William Yau Zhen Zhong.
Khairy mempersoalkan kenyataan Kit Siang di laman Twitternya yang mendakwa Malaysia sebuah negara' masih tidak selamat walaupun untuk kanak-kanak seperti William'.
"Insiden tragis ini pun nak dikaitkan dengan politik? Pemimpin jenis apakah ini?
"Daripada kita kerjasama menjaga keselamatan kanak-kanak, ada yang tak melepas peluang untuk berpolitik. Sila tunjuk etika anda," katanya yang dipetik daripada laman Facebook miliknya, semalam. William sebelum itu dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Height, Subang Jaya, sejak 16 Januari lalu sebelum mayatnya ditemui di jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, kira-kira 30 kilometer dari lokasi kanak-kanak itu hilang.
Bapa kanak-kanak malang itu, Yau Kok Kang dan isterinya, Goh Ying Ying sudah mengesahkan mayat ditemui itu adalah anak mereka. Punca kematian masih disiasat.
- Selangor negeri PR, bukan parti
- DAP tidak akan ganti MCA
- Isu MB: Pas, DAP usah sibuk
- DAP Selangor: Calon MB mesti wakil PKR
- Pemilihan DAP: RoS dijangka panggil saksi minggu depan
- Mahathir enggan tarik balik kenyataan dakwa Kit Siang rasis
- Jaminan SPR DAP boleh guna lambang parti
- Karpal, Kit Siang tanding atas tiket Pas
- Khairy cenderung tidak mahu tanding PRU13
- DAP: Orang Melayu tetap jadi PM jika PR kuasai pusat




