IPOH - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan digugurkan daripada membawa cabaran BN Perak di pentas PRU14.

Tempat penyandang kerusi P077 Tanjung Malim yang juga Setiausaha Agung MCA berkenaan akan diisi oleh Datuk Dr Mah Hang Soon (MCA).

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kekal bertanding di Parlimen Bagan Datuk sementara Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong di Parlimen Teluk Intan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,  Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pula bertanding di Parlimen Padang Rengas manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin (Parlimen Larut)

Turut dikekalkan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang bertanding di Parlimen Pasir Salak, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan (Parlimen Tapah) dan Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Lee Chee Leong (Parlimen Kampar).